Pendidikan | Guru kelahiran Sarawak diberi keutamaan mengajar di Sarawak

2023-02-23 5

Guru kelahiran Sarawak diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan di negeri itu.

Jelas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pelaksanaan dasar 90-10 di Sarawak telah dilaksana dalam pengambilan guru baharu di sekolah di bawah kementerian berkenaan dengan keutamaan kepada graduan lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti awam.